Showing posts with label cinta kerana ALLAH. Show all posts
Showing posts with label cinta kerana ALLAH. Show all posts

Wednesday, 21 October 2009

cinta, tapi...


kau cinta pada ALLAH
tapi kau lupa memujaNYA
kau taat pada ALLAH
tapi kau ingkari perintahNYA
kau takut pada ALLAH
tapi kau bermaksiat padaNYA

itu kerana, kau masih memandang dunia
dengan hawa nafsumu..

moga,
SOLATmu
IBADAHmu
HIDUPmu
dan MATImu
hanyalah untukNYA semata..

moga,
kau tergolong antara mereka yang dicintaiNYA..

amiiiiiinnn.....



...

Thursday, 8 January 2009

matlamat

tak akan bawa kebaikan perkara yang haram
meski untuk tujuan yang baik
tak ubahnya seperti minum arak
untuk tujuan perubatan

begitu jua cinta kerana ALLAH


Moga kau tak pernah lupa ini selamanya..

menjadi seorang saudara dalam ikatan silaturrahmi di dunia dan akhirat
adalah jalan penyelesaian terbaik,
yang saling mencinta kerana ALLAH
tidak akan mengkhianati sesiapa hatta ALLAH

kau kan terus membawa lantera itu
dan
memastikan apinya terus menyala menerangi jalan
memimpin aku di sisi berserta suamiku dan mereka
menuju hingga sampai kepadaNYA


maka, tenang dan damailah hati..
moga semakin kuat dan dalam ketaatan dan cinta kepadaNYA
moga dirahmati, diberkati dan dicintaNYA kerana ini

amiiin..

ujian




DIA yg memberi cinta ini kepada kau dan aku, untuk apa?

bukankah utk menguji keimanan,

ketakwaan hamba yg mencintaiNYA

agar dpt DIA cinta pada kita...