Saturday 27 December 2008

binasa kerna wanita

laila membalas,
"wahai cinta hatiku, ingatkah kisah seorang abid yang abdikan diri sepenuhnya kepada ALLAH dengan penuh keikhlasan dan keimanan yang teguh telah binasa dan dicampak ke neraka jahannam hanya kerana seorang wanita.

begitu banyak juga kisah2 begini dipapar kepada kita sebagai peringatan dalam mentaati ALLAH dan betapa bahaya dan racun seorang wanita kepada seorang lelaki hatta seorang ahli ibadah yang zuhud kepada Tuhannya.

maka, janganlah kau tergolong dari kalangan mereka yang rugi ini sebagaimana
aku tidak mahu menjadi wanita yang mengajakmu ke neraka jahannam itu.

Tuesday 23 December 2008

cinta para Nabi..


maka, berbicaralah majnun sang pria, wahai dambaan hatiku belaian jiwa, tahukah kau,

Ayahanda kita, Nabi Adam AS di dalam syurga merindukan cinta
Ibunda kita, Siti Hawa di atas bumi, jauh berlari mendapatkan cinta
Rasulullah SAW menangis bila cintanya Siti Khadijah pergi
Siti Hajar segera ditinggalkan di padang pasir tandus kerana cinta
Nabi Ismail AS menyerahkan lehernya (nyawanya) kerana cinta
Nabi Ibrahim membina kaabah melengkapi cinta

Monday 22 December 2008

janji Tuhanku..

Firman ALLAH
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?!" [QS Al-Ankabut:2]

Maka wahai cintahatiku (bisik laila) inilah ujian yang paling berat & paling menyiksakan buat kita. Berdoalah padaNYA moga kita sama-sama diberiNYA kekuatan, ketabahan, kesabaran serta lulus ujian ini hingga kita berdua termasuk dalam golongan yang mendapat naunganNYA di hari tiadanya naungan nanti, bukan sebaliknya.

Demi ALLAH yang menjadikan kamu semangat bagiku mendekatiNYA, bahawasanya aku ini sejak dahulu berdoa ke hadratNYA berharap aku bersamamu di dunia ini dan di akhirat dengan rahmatNYA sebagai saudaraku.

Demi cintamu kepadaku kerana ALLAH, buangkan segala fikiran2mu yang dikuasai nafsu dari bisikan iblis. Dan, jadilah seorang kekasih yang benar-benar cinta kepadaku kerana ALLAH untuk ALLAH demi ALLAH, MOGA ALLAH LEBIH MENCINTAIMU DAN KAU AKAN BAHAGIA LEBIH DARI MENCINTAIKU

Saturday 20 December 2008

CINTA..

CINTA adalah anugerah
mencintai adalah luapan rasa setiap insan
CINTA selalu indah bila dihiasi kasih sayang, jujur dan setia
CINTA yang hakiki
timbul dari segala rasa
bukan dari kebendaan, jabatan, umur dan ilmu
berkata tentang cinta semuanya terasa indah
bukan berarti cinta adalah segala-galanya
CINTA materi adalah hiasan
CINTA suci adalah abadi
JANGAN KORBANKAN HIDUP UNTUK CINTA
BERIKAN CINTA UNTUK HIDUP

Kesucian cinta sangat mulia di mata ALLAH
menjadi seorang pemaaf, bijak, sabar dan ikhlas
lebih mulia dari sekadar cinta

kata-kata hikmah dari seorang pencinta yang malang [kusebut sbg majnun]

Thursday 18 December 2008

suara syahdu


Suara syahdu
berbisik lembut gemersik
mengejutkan cahaya mata dunia dari beradu
berlagu mendendang kalimah-kalmiah suci
bersama tarian-tarian ibadah
menceritakan lara pada angin
pada hujan
pada awan
pada gunung
pada lurah
pada samudera yang kejam
melolonglah tangisan keinsafan
menjerit memohon keredhaan dan keampunan
Wahai ADI PERKASA
Kekasih sejati..
aku yang hina celaka penuh rela
membunuh cinta dusta
menyambut cita setia