Friday 4 December 2009

lebih cinta selain ALLAH

"Katakanlah, jika bapa2, anak2, saudara2mu, isteri2mu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada ALLAH dan RasulNYA dan (daripada) berjihad di jalanNYA, maka tunggulah sampai ALLAH mendatangkan keputusanNYA."
(At-Taubah:24)

Wednesday 21 October 2009

cinta, tapi...


kau cinta pada ALLAH
tapi kau lupa memujaNYA
kau taat pada ALLAH
tapi kau ingkari perintahNYA
kau takut pada ALLAH
tapi kau bermaksiat padaNYA

itu kerana, kau masih memandang dunia
dengan hawa nafsumu..

moga,
SOLATmu
IBADAHmu
HIDUPmu
dan MATImu
hanyalah untukNYA semata..

moga,
kau tergolong antara mereka yang dicintaiNYA..

amiiiiiinnn.....



...

Tuesday 19 May 2009

Tuhanku, mohonku..

Oh Tuhan..
aku bersimpuh
pasrahkan kalbuku penuh
cintaku kepadamu
tiada pernah jenuh
Ilahi..
aku bersujud
Hati ini selalu tertaut
hasratku terus berdenyut
aku hambaMU yang takut
Tuhan..
sucikan daku
laksana kapas putih bersih
Oh Tuhan..
Sucikan daku
dari noda-noda dan buih
Tuhan..
kuhadapkan wajahku
dalam sujudku
dengan hati yang putih bersih
dan sukmaku...
memusat padu
Tuhan...
sesungguhnya solatku, ibadahku
hidup dan matiku
hanyalah teruntuk bagiMU

*************************************



***************

Sunday 17 May 2009

ingatan

ucapkanlah padaku,
bahawa kamu sangat benci kepadaku
moga dengan itu akan berkurang ingatanku padamu
yang sekian lama melemahkan semangatku,
moga dengan itu digantikan kembali
ingatan dan cintaku kepada Tuhanku
yang dapat memenuhi segenap hati dan jiwaku
yang dapat menjadi kekuatan bagiku
dalam mencintaimu..

Thursday 16 April 2009

cinta agung

dan apabila dia mengorbankan seluruh keinginannya demi cintanya padaku
manakala kau meminta pengorbanan dariku demi cintamu padaku

dan apabila dia menyerahkan seluruh cintanya demi membahagiakan ku
manakala kau meminta aku menyerahkan seluruh cintaku demi membahagiakan mu


dan apabila dia sentiasa bersabar denganku demi cintanya
manakala kau meminta aku bersabar denganmu demi cintamu


Thursday 29 January 2009

biarlah..




biarlah cintamu padaku hilang dariku,
dari hilangnya cintaku kepada ALLAH
biarlah cintaku padamu tetap padamu,
dari cintamu hilang dariku

biarlah ingatanmu padaku hilang dariku,
dari hilangnya ingatanku kepada ALLAH
biarlah ingatanku padamu tetap padamu,
dari ingatanku hilang darimu

biarlah peringatanmu padaku hilang dariku,
dari hilangnya peringatan ALLAH padaku
biarlah peringatanku padamu tetap padamu,
dari peringatanku hilang darimu

hilangkanlah cintamu padaku,
moga cintamu pada ALLAH bertambah padamu
hilangkanlah ingatanmu padaku,
moga ingatanmu pada ALLAH bertambah padamu

biarlah hilang peringatanmu padaku,
moga peringatan ALLAH bertambah padamu
biarlah segalanya darimu hilang untukku,
semoga segalanya dariku untukmu dapat menambah
segala cinta, ingatan dan peringatan bertambah untuk ALLAH..

Wednesday 28 January 2009

Yang itu..

Majnun:
Yang singkat itu WAKTU
Yang dekat itu MAUT
Yang besar itu NAFSU
Yang berat itu AMANAH
Yang sulit itu IKHLAS
Yang mudah itu BERBUAT DOSA
Yang abadi itu AMAL KEBAJIKAN
Yang akan diaudit itu APA YANG KITA MILIKI
Yang jauh itu MASA

Laila:
Yang bahagia itu KASIHSAYANG
Yang indah itu CINTA
Yang siksa itu MENUNGGU
Yang derita itu MERINDU

Thursday 8 January 2009

matlamat

tak akan bawa kebaikan perkara yang haram
meski untuk tujuan yang baik
tak ubahnya seperti minum arak
untuk tujuan perubatan

begitu jua cinta kerana ALLAH


Moga kau tak pernah lupa ini selamanya..

menjadi seorang saudara dalam ikatan silaturrahmi di dunia dan akhirat
adalah jalan penyelesaian terbaik,
yang saling mencinta kerana ALLAH
tidak akan mengkhianati sesiapa hatta ALLAH

kau kan terus membawa lantera itu
dan
memastikan apinya terus menyala menerangi jalan
memimpin aku di sisi berserta suamiku dan mereka
menuju hingga sampai kepadaNYA


maka, tenang dan damailah hati..
moga semakin kuat dan dalam ketaatan dan cinta kepadaNYA
moga dirahmati, diberkati dan dicintaNYA kerana ini

amiiin..

ujian




DIA yg memberi cinta ini kepada kau dan aku, untuk apa?

bukankah utk menguji keimanan,

ketakwaan hamba yg mencintaiNYA

agar dpt DIA cinta pada kita...

masa..

majnun:

RINTIHANKU di malam yang SUNYI

ketika aku mengingatkan hatiku,
kelelahan hanya menyelimuti jiwaku..
kulihat dunia ini hanya penuh dengan permainan.
dlam kemewahan dunia hanya yang tersisakan..

wahai nafsu,
apa arti sifat keanak-anakan..
masa muda telah terpisah dari diriku
padahal aku belum melakukan manfaat untuk jiwaku
setelah itu yang ada hanya penyesalan...
masa tua menghimpit penuh kehampaan

wahai jiwa..
janganlah engkau menurut nafsu yang meronta
bertaqwalah..
dan takutlah kepada ALLAH yang Maha Kuasa

............................
.......................
................

Monday 5 January 2009

membisu..

majnun:
tatkala hatiku membatu
maka sempit fikiranku
aku hanya bersimpuh
mengharap ampunan-MU
Dosa ku menggunung besar
tatkala dipaparkan...

Robbii...
Ampunan-MU yang melimpah
yang aku harapkan...

laila:
Tatkala hatimu membatu
sempit nafas dan jiwaku
aku hanya bermurung dan berdoa
mengharap ampunan dan redhaNYA..
Doaku buatmu menggunung

Naungan dan cintaNYA
buat kau dan aku
yang kuharapkan